Tuesday, December 8, 2009

ikan 3 rasa..

another recipe that i tried last sunday.. p bok aritok aku update dalam blog..

Bahannya

  • 1 ekor ikan bawal atau siakap [bersihkan dan kelar kedua belah badan]
  • Tepung jagung [untuk salut ika]
  • 1 labu bawang besar dimayang alus2
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 s/b halia
  • Minyak untuk goreng ikan

Bahan Sos
  • ½ cawan sos tomato
  • 3 tbsp sos cili
  • 3 tbsp sos tiram
  • 3 tbsp air
  • 1 tspngula

Bahan Hiasan
  • 2 biji tomato [belah 4]
  • 1 timun didadu
  • 1 biji mangga dihiris
Cara
  • sapu tepung jagung kat ikan
  • goreng ikan dalam minyak yg banyak..kira deep fry la.. n angkat mun ikan dah masak n kuning keemasan. kah atas pinggan besar.
  • tinggalkan kira2 2tbsp minyak untuk tumis and tumis bahan sos sampe wangi.
  • Kacau rata sampe mendidih. Masukkan bahan hiasan dan tutup api.
  • Curahkan kuah sos atas ikan and hidangkan.

ikan masak 3 rasa

roti arab

salam..

halu2... hahaha..testing ajak tek. aritok untuk makan malam, aku molah roti arab cecah ngn kari ayam cincang.. its a very simple recipe..and i think every bachelor can do it.. so easy.

Roti Arab

Bahan-bahan ( 10 org makan )

  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 2 sudu besar gula
  • 300 ml air suam
  • 6 g yis
  • 500g tpg gandum

Cara-cara

  1. mentega, minyak dan gula dibancuh dengan air suam
  2. tepung di gaul dengan yis
  3. Kemudian campur semua bahan dan uli hingga licin dan kental
  4. perap selama 1jam dalam beg plastik yang tertutup atau bekas yang tertutup
  5. Uli semula dan buat bulat2 dalam 18 biji
  6. Canai nipis lebih kurang 0.4 cm
  7. panaskan minyak dan goreng sebiji2, tunggu hingga roti kembung dulu baru terbalikkan.
  8. Sedap dimakan bersama kari ayam dan daging


uli punya uli..


rata jak dolok..


tada.. roti arab bersama kari ayam cincang

lupak aku resipi kari ayam cincang..

bahan2
  • sepeket ayam cincang
  • 4 sudu besar serbuk kari 888 dilarutkan dalam air
  • secawan santan
  • 3 biji kentang didadu
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 3cm halia
  • sikit garam , ajinomoto and gula
  • 1tbspn stok ayam pekat maggi

cara
  • perap ayam cincang ya ngn sikit serbuk kari, garam, and stok ayam pekat maggi..kira2 10min
  • tumbuk bawang putih, bawang merah n halia sampe lumat..
  • tumiskan bahan2 tumisan sampe wangi.
  • masukkan larutan kari n masak sampe pecah minyak
  • masukkan ayam n biarkan mendidih
  • masukkan santan and masak sampe sebati..
  • masukkan kentang yg dah didadu.
  • masukkan gula and masak until daging empuk n kentang masak..
  • hidang ngn roti arab nok tadik ya...
  • makan gik..ahahha

Monday, November 30, 2009

smart dinner..hehe

salam.

ari tok ari isnin.. aku terkejut bila nangga berat aku yg dah nait 3kg.. arghh.. raya lah ya.. hahah..so aku fikir aku nak mula gik program untuk kembali maintain berat aku pada paras optimum.. after workout kat gym, aku prepare barang2 k aku dinner..

for today, i made some twist to my grilled chicken. aku nak something yg berlainan. so aku buat spicy grilled chicken with vegetables.. so..check it out..


tadaaa..


Spicy Grilled Chicken with Vegetables

bahan2 ayam
  • seketul paha ayam dibasuh n dikeringkan
  • 2tbspn serbuk kari ayam (aku pake kari 888)
  • 2tbspn stock ayam pekat maggi
  • sedikit ajinomoto
  • sedikit garam
  • sedikit lada hitam
  • sedikit minyak
  • paha tadik diperap ngn semua bahan2 tok at least 30mins..
bahan2 sayur
  • 3 bunga besar cauliflower
  • 3 bunga besar brocolli
  • 50g mix vege
  • 5cm lobak merah dihiris nipis
  • semua sayur2 tok disusun dalam aluminium foil
cara2
  • bila sayur2 dah disusun atas aluminium foil, letak ayam kat atasnya
  • balut aluminium foil dan kah dalam oven, 250c kira2 40mins.
  • bila dah 40mins, cucuk kan aluminium foil ya.. cek sama ada ayam masak or sik..
  • bila dah masak, transfer ayam ke atas tapak. susun ayam kat tengah2, sayur2 kat tepi.
  • tabur sikit mayonaise kat sebelah.
  • makan hahaha..
simple lalu.. kan apa, aku ngira kalori juak nektok..jaga pemakanan bah..heheh..til we meet again..

Sunday, November 8, 2009

Linguine with Crushed Meatballs and Tomato Sauce

Salam..

aku suka masak pasta. sbb bagi aku, pasta is one of the italian dish yg paling senang mok diprepare.. bait nya seafood, meatballs, cheesy, vegetarian pasta.. semuanya senang dipolah.. aritok, aku akan masak sejenis pasta yang dinamakan Linguine (Ling - Guin). linguine tok sama mcm spaghetti tapi nya lebar sikit.. tapi ada gik yg lebih lebar iaitu Fettuccine.


tok linguine..


tok fettucine.. nya lebar sikit dari linguine..

haha.. aritok aku mok kongsi sigek resipi itali ngn ktk org, nama resipi tok mcm yg tertera kat post aku ya. aku belajar tok time aku 2nd year kat Unimas dolok. n i think its very easy to prepare.. ok.. tok bahan2 n cara2 nya.

bahan2
  1. pasta linguine sepeket (mun sepeket beratnya 500g, just amik 250g ajak or setengah)
  2. isik ayam cincang sepeket (dibentuk mengikut shape bebola and digoreng, ketepikan)
  3. bawang putih (kira2 3 ulas dicincang)
  4. capsicum (size sederhana besar) didadu
  5. lobak merah (2 batang didadu)
  6. cendawan straw setin (didadu)
  7. cendawan butang setin (didadu)
  8. sos tomato sepeket kecil (250g)
  9. sos cili sepeket kecil (250g)
  10. perencah bolognese maggi sepeket (ada kat supermall)
  11. salt and pepper
  12. minyak untuk menumis
cara2
  1. rebus pasta ikut arahan kat peketnya
  2. kat pan, panas minyak and tumis bawang putih sampe nait bau
  3. masukkan lobak, capsicum and cendawan butang and straw.masakkan till empuk
  4. masukkan perencah bolognese maggi, sos cili and sos tomato. rasakan sikit mun sik masin tambah garam, mun masam tambah sikit gula.
  5. tambah lada hitam sikit untuk aroma.
  6. bila semua dah bersatu, tuang linguine kat atas tapak, then tuang kuah ke atas linguine and gaulkan hingga kuah n linguine sebati.. lastly, taburkan bebola manok yg digoreng tadik n hiaskan ngn daun parsley..
  7. makan gik..apa tunggu2? ahhaha

tadaaa...

Monday, May 11, 2009

as simple as sushi

toklah hasil sushi aku, simple ajak...

Inti ketam dan telur (ekonomi gawat hahaha)


time molah..


salam..
haa..kali tok aku nak ajak ktkorg berkongsi cara2 paling senang nak molah sushi rolls. actually sushi tok senang mok dipolah sbb nya diperbuat dari nasik yg diberik perisa manis n masam. rami org sik suka molah sushi sbb bagi sidak molah sushi ya leceh.. mun bagi aku sik lah susah ne pun sbb asal ada penggulung rotan ya (rolling mat), senang jak molah sushi. tok adalah california rolls version org bujang..hahaha

bahan2
(untuk nasi sushi)
  1. 2 cawan beras, 2 1/2 cawan air
  2. 3 tbsp cuka
  3. 3 tbsp gula halus
  4. 1 tspn garam
  5. air untuk melembapkan tangan ketika menggulung nasi
  6. bamboo mat (untuk menggulung sushi, ada dijual di pasaraya everise aku asa..)
bahan2 inti
  1. isi ketam (dalam paket)
  2. telur goreng dadar dihiris
  3. kepingan nori (ada jual kat pasaraya..supermall pun ada)
cara2
  1. masak nasi mcm biasa.
  2. bila nasik dah masak, keluarkan nasik n kah kat atas mangkuk besar..sejukkan kejap.
  3. cuka, garam n gula digaul bersama sampe sebati.. then tuangkan sebatian ya kat nasik..gaul rata..
  4. kah sekeping nori atas bamboo mat, dengan tangan yg lembap, ratakan nasik kat seluruh permukaan nori..boh tebal gilak..kelak susah mok gulung..
  5. kah inti yg ktkorg suka (telur dan ketam) kat hujung nori..
  6. mula gulung sushi menerusi gulungan bamboo mat perlahan2..
  7. bila dah jadi gulungan, potong sushi kira2 3cm setiap satu. pake pisau yg benar2 tajam n dah dilembapkan ngn air.. mun sik susah nak motong sushi..
  8. hidang ngn kicap yg dicampur ngn sedikit bawang putih n minyak bijan
  9. voila! makan laaa.. apa lagiiik..hahaa

the very 1st day

mun aku leh masak.. kenak ktk org sik dpt? haaa...

assalamualaikum semua...

alhamdulillah, ahernya dpt juak aku menghasilkan blog latest aku tok.. actually tok adalah blog untuk sapa2 yg minat dalam hal2 masakan n hal2 makan.. sapa sik suka makan nak? so aku dedicate blog tok untuk org2 yg mok berkongsi pendapat mahupun idea ttg makanan and pada masa yg sama berkongsi ngn aku, sine tempat best k makan. kenak aku mileh memasak? antara sebab nya ialah bila aku masak, aku asa tenang. aku enjoy bila ku masak p aku siklah expert gilak.. cuma berlandaskan minat, aku mok try kemahiran aku dalam masakan. alhamdulillah, aku dah boleh molah beberapa jenis masakan nektok, p aku gik bingung, masakan kampung aku maseh fail! haha... mala jak sik jadi.. aku beraleh arah molah italian cuisine..and ternyata ya lebih mudah untuk aku..

so dalam blog tok, aku akan kongsi beberapa jenis simple recipe yg boleh dipolah oleh org lelaki khasnya "bujangers"mcm aku. hahaha..dont be afraid to work in the kitchen k? actually rami lelaki sik gemar memasak due to the dirty thoughts that cooking is fussy. its wrong guys. cooking can be so fun sbb nya boleh release stress. so guys, boh takut mok megang manok or ikan2 mentah ya..

aku hope dengan join blog tok, para pembaca khususnya "bujangers" dpt mengubah persepsi sidak ttg dunia masakan. aku pun sedar aku tok bok jak start minat dalam masakan tok p aku cayak, mun aku rajin, apa2 jak aku mesti dapat buat..right? aku appreciate mun ada pembaca yang berkongsi ngn aku resipi2 sidak.. dalam kita kongsi resipi, kita beloya ttg tempat2 makan yang best dpt dicarik sekitar bandar Kuching tok.. mun ada masalah, email jak aku di alamat tok, richie_rich6ac@yahoo.com

selamat mencubahappy cooking!